follow me dear ! . i will hit u back .:D

slide show iphone

Sabtu, 18 Disember 2010

Gangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia

  Serangan panik mungkin adalah gejala-gejala dari suatu anxiety disorder (kelainan ketakutan). Serangan-serangan ini adalah persoalan kesihatan yang serius di Amerika dan dinegara ini paling sedikit 1,7% dari orang dewasanya atau 3 juta penduduk akan mendapat serangan panik suatu waktu dalam kehidupannya. Gejala-gejalanya adalah berbeza sangat mencolok dari tipe-tipe ketakutan lainnya dimana serangan panik datangnya sangat tiba-tiba dan tidak diduga, sepertinya tidak terprovokasi dan sering kali melumpuhkan.

Serangan panik boleh terjadi bila-bila masa saja bahkan waktu tidur sekalipun. Umumnya serangan akan memuncak dalam waktu 10 menit, namun beberapa gejala akan berlangsung lebih lama. 

Apabila pesakit mendapat serangan panik, misalnya ketika memandu kenderaan, sedang berbelanja di supermarket yang penuh sesak, atau sedang berada didalam lift (elevator), maka dia boleh dapat mengembangkan takut yang tidak rasional, yang disebut phobia pada situasi-situasi ini dan mulai menghindari mereka. Pada akhirnya, pola dari menghindari dan tingkat ketakutan atas serangan lainnya, dapat mencapai suatu titik dimana individu dengan panic disorder mungkin tidak lagi mampu memandu kenderaan atau bahkan keluar dari rumah. Pada peringkat ini, individu ini disebut mempunyai panic disorder dengan agoraphobia. Jadi panic disorder dapat mempunyai kesan serius pada kehidupan sehari-hari pesakit seperti juga penyakit-penyakit utama lainnya, kecuali individu tersebut mendapat perawatan yang efektif.




contoh gejala serangan panik !








Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit?


 _Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?


 _Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?
_Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?

Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?
_Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur, apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau kereta?
_Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?

_Adakah anda berasa akan mati?
-Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?
_Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?

Jika YA...

Anda kini disahkan mengalami Gangguan
 Panik bersama Agorafobia !



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...